Terma Perkhidmatan
Laman ini menjual e-book digital dan menawarkan pakej latihan serta pengurusan iklan oleh Al-Huda Business Management and Training Consultancy. Dengan membuat pesanan, anda bersetuju dengan terma di bawah.
1. Produk digital
E-book dihantar sebagai fail PDF melalui pautan muat turun dan salinan pautan ke emel berdaftar. Tiada penghantaran fizikal. Harga pre-order ialah RM99 dan harga biasa RM199.
2. Pembayaran
Pembayaran dibuat melalui saluran rasmi yang dipaparkan di halaman pembelian. Pesanan dianggap sah selepas bayaran disahkan.
3. Pemulangan
Oleh kerana produk berbentuk digital dan boleh dimuat turun serta-merta, bayaran tidak dikembalikan selepas fail diakses. Jika pautan gagal berfungsi, hubungi kami untuk penggantian pautan.
4. Penggunaan
Lesen adalah untuk kegunaan peribadi pembeli. Fail tidak boleh dijual semula, dikongsi secara terbuka atau diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis.
5. Pakej latihan & iklan
Skop, tempoh dan harga pakej adalah seperti yang dipaparkan di halaman Pakej. Bajet iklan tambahan dan sesi latihan tambahan dibilkan berasingan mengikut kadar yang dinyatakan.
Soalan? Hantar melalui halaman hubungi.